permulaan

Ahad, 16 Oktober 2011

Sejarah permainan konda - kondi

                   Konda – kondi adalah satu permainan tradisionl. Permainan ini merupakan salah satu ciptaan masyarakat melayu pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk berhibur dan bergembira setelah penat bekerja . konda – kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang . konda – kondi juga dikenali sebagai perik mata kerana ia memerlukan fikiran yang tajam dan memerlukan kekuatan pemain iaitu , ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan . Selain itu , di dalam masyarakat India,  ia juga dipanggil dengan “ Kaunda kundi “ dan ada juga yang memanggil konda – kondi  dengan nama ketuk pedang . permainan konda – kondi ini merupakan salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan .
                Tujuan permainan ini adalah hanya untuk menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelakannya daripada disambut oleh pemain lawan . Selain itu , permainan ini boleh dimainkan di kawasan yang terbuka dan lapang seperti padang , halaman rumah dan lain – lain lagi. Antara peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran 15 cm dan 30 cm panjang.  Kedua – dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil “anak” dan yang panjang dipanggil “ibu” . Lubang sedalam 5cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
                Permainan konda – kondi dimulai dengan pemain dibahagikan kepada dua pasukan . setiap pasukan sama banyak bilangannya. Undian  melalui  “wan to som” dijalankan bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain . Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat . Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan  dengan menggunakan kayu panjang. Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek , pasukan yang bermain akan dikira mati.  Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat . Permainan itu diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. Mata yang dikumpul oleh pemain – pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan . Kumpulan yang mengumpul bilangan mata tebanyak akan memenangi permainan itu.
                Tambahan itu , jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira “ mati” . Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja , semu pemain dalam kumpulan   A dikira “mati” dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang , pemain yang menguis kayu pendek dikira “mati” dan terpaksa memberhentikan permainan , pemain lain dari kumplan yang sama , pemain yang seterusnya akan meneruskan permainan.





1 ulasan:

huhu berkata...

nu d kakh tii

Catat Ulasan